Friday, November 28, 2008

Mai blajaq bahasa utara

Bagi yang baru baru nak belajar bahasa utara (especially loghat utara-Penang), di sini saya akan jelaihkan sedikit perkataan yang mayb jarang didengar dan cara mudah untuk paham:

1. Kata ganti diri
aku....aku
kau....hang @ hangpa
contoh: kau nak pegi mana?....hang nak pi mana?
mereka......depa
contoh: kenapa mereka tak sampai lagi?.......awat depa tak mai mai lagi?
saya......kami (untuk lebih sopan, kebanyakannya digunakan org perempuan becakap dgn org perempuan)
contoh: saya nak pinjam buku awak kejap boleh?.......kami nak pinjam buku hangpa sat bleh?

2. tukar huruf last suatu perkataan yg berakhir dengan 'r' kepada 'q'
contoh:- terketar-ketar........terketaq-ketaq
gambar........gambaq

3. tukar huruf last suatu perkataan yg berakhir dengan 's' kepada 'uih'
contoh:- telus........teluih
tembus.......tembuih
mampus.......mampuih

4. tukar huruf last suatu perkataan yg berakhir dengan 'l' kepada 'i'
contoh:- tinggal.........tinggai
sampul..........sampui
tumpul..........tumpoi

sama tp x serupa:-
ghe-ngau.................cakar
hambat.................kejar
contiang.................lukis
ligan.................kejar
cemuih.................bosan/jemu

baiklah, so far ni sahaja pelajaran hari ni, selamat mencuba...

komtar


dalam feri pulau rimau @ harimau


penang bridge tgh upgrade


hat last ni plg best, yumyum!!

2 comments:

Hj Ahmad Nazif Ishak said...

hehehe best2...nk belajaq lagi ceq..

SITI FATIMAH ISMAIL said...

ok, nnt kita msuk part 2