Wednesday, November 26, 2008

dua tiga....

salam dan selamat datang hari rabu..dah tiga pat hari blog ni tak ter updet..bukan apa, cuma x cukup dorongan diri skit...adus.memandangkan diri yang masih amatur dalam bidang blogger ni. tapi saya akan cuba untuk share cerita dan mayb idea dalam blog saya yang tak seberapa ni yang mungkin dapat dikongsi bersama kawan-kawan a.k.a pengikut kat sini (malangnye takde lagi, huhu) insyaAllah mungkin selepas ni.macam mana nie?? taaaak reti reti jugak.kot kot la ada sapa sapa yang boley turunkan ilmu kat saya camne nak buat tulisan yang ala ala nak cancel tu.. mcm cool je.hehe sumbody pls help me

dua tiga hari lepas saya berjaya menyibukkan diri dengan membelek semula semua buku-buku design dan bende bende berkenaan kos masa blaja dulu..adus, bunyi mcm dah lama sangat tinggal zaman study. baru je dua tiga bulan. ilmu semua dah terbang melayang (ni adalah contoh study untuk pass exam semata mata----> anda adalah sgt ditegah untuk mengikut cara pembelajaran sebegini)

dan dua tiga jam yang lepas saya baru je balik dari usm, penang.hajat dihati nak jumpa cik din @ dekan fakulti school of housing, building and planning..tunggu punya tunggu rupanya ada viva..timb. din pon join sekali.mmm..tak dak rezki pulak hari ni. xpa lah. selesai sume masalah kat usm, mak ajak jalan jalan ronda penang sat.ok jugak.walaupon mmg asal org penang, tp jarang la pusing pusing pulau ni.skali sekala pe slhnya..dua kali, dua kala.. dua tiga minit lepas dah jenuh meronda, perut pon dah mula main musik rock!! makin lama makin kuat pulak bunyi nya..kekekeke "nak pekena hameediyah ka??", akak tanya.."setuju setuju", laju je jawab sambil angkat tangan dan kaki...(hameediyah---> kedai nasik beriyani kandaq)

ingatkan masa meronda dah habis.sampai sampai je kat seberang akak ajak pi shopping le pulak..adus, naik lenguh dah kaki ni..katanya nak beli barang barang baby..anak 1st..teruja.. owh, hampir terlupa nak intro pelakon utama hari ni..introducing my akak a.k.a k.nab(selaku driver tetap), mak(penjaga uddin), teh a.k.a me (pengikut setia) and uddin (baby yg hensem)


baby uddin yg encem



penat penat ronda supermarket ni je yang sempat dibeli

buku papa, tumpang baca


be loose


buku beli dari poknik, what to do? (slang tganu)

No comments: