Friday, November 28, 2008

Mai blajaq bahasa utara

Bagi yang baru baru nak belajar bahasa utara (especially loghat utara-Penang), di sini saya akan jelaihkan sedikit perkataan yang mayb jarang didengar dan cara mudah untuk paham:

1. Kata ganti diri
aku....aku
kau....hang @ hangpa
contoh: kau nak pegi mana?....hang nak pi mana?
mereka......depa
contoh: kenapa mereka tak sampai lagi?.......awat depa tak mai mai lagi?
saya......kami (untuk lebih sopan, kebanyakannya digunakan org perempuan becakap dgn org perempuan)
contoh: saya nak pinjam buku awak kejap boleh?.......kami nak pinjam buku hangpa sat bleh?

2. tukar huruf last suatu perkataan yg berakhir dengan 'r' kepada 'q'
contoh:- terketar-ketar........terketaq-ketaq
gambar........gambaq

3. tukar huruf last suatu perkataan yg berakhir dengan 's' kepada 'uih'
contoh:- telus........teluih
tembus.......tembuih
mampus.......mampuih

4. tukar huruf last suatu perkataan yg berakhir dengan 'l' kepada 'i'
contoh:- tinggal.........tinggai
sampul..........sampui
tumpul..........tumpoi

sama tp x serupa:-
ghe-ngau.................cakar
hambat.................kejar
contiang.................lukis
ligan.................kejar
cemuih.................bosan/jemu

baiklah, so far ni sahaja pelajaran hari ni, selamat mencuba...

komtar


dalam feri pulau rimau @ harimau


penang bridge tgh upgrade


hat last ni plg best, yumyum!!

Thursday, November 27, 2008

P

pagi ni bermula dgn sayup sayup suara mak pggl bangun solat suboh..adus..liat betul nak bangun pagi-pagi hening ni ( jam di dinding dh menunjukkan pukul 630pg, ya Rabbi sib baik dah hampir hampir suboh gajah) mmm...maklum la. nak nak pulak time cuti skolah, panjang pulak tu..hehe paham paham je la.memandangkan si kecik uddin tak bangun lagi lepas solat teh dia pon sambung tido balik..tuptup sampai 9pagi.mak macam tau tau je sy bgun lmbt, selak tudung saji uiks dah ready..alhamdulillah..yumyum
lepas tu start enjin keta, baru rasa segar skek..pi pusing pusing taman. wat panaskan enjin ja. coz cuti takdak pi mana. so itu la rutin hari hari selepas brekfast. elok ja masuk parking mak bagi list barang suruh pi market...ni lah rupanya:



order dari mem besar (tengok ejaan mak guna huruf o )

hurm,semua barang tak sampai 10 rggt..belen bleh wat isi myk keta..naik tanduk kat kepala kekekekeke. sampai simpang belok kanan singgah driving school HT dekat gate ketapi..beli sticker P keta. terserempak dengan "lausek" (cikgu driving)..."Ha, lu apa macam? sudah bwk keta sindili ka?"....sengih ja sambil tangan tunjuk ke arah kereta kat tepi jalan. "Oo..baguih aa.., lausek kata"..hehe
selama ni bawak sesuka hati tanpa ada kesedaran untuk menampal sticker di depan dan dibelakang cermin..biasa la, undang2 begitu sukar untuk dipatuhi oleh rakyat malaysia yang berumur 16- 30++...adus, nak kena tampal belah mana? tak terjumpa lak pegawai jpj hari ni.slalu ada ja road block. last last sticker tu tersadai dekat ferrari uddin,huhuhu.uddin skrg lagi cekap driving dari teh dia..sat ja dah sampai dapur..vroom vroo0om...


p/s: saya ingin memohon maaf sekiranya previous blogs agak redundant..saya budak baru belajar

The past is History....Kung Fu Panda


bismillahirrahmanirrahim, pe yang baik datang daripadaNya dan yg salah tu dari kelemahan saya sendiri ya..aiwah
berdasarkan penyataan kungfu panda di atas,terpikir pulak dalam kepala ni nak share tentang preparation @ penerimaan kita sebagai hambaNya mghadapi hari kemarin, semalam, esok, lusa, tulat, tung pe lagi tak tau dah. paham kot..insyaAllah

dipetik drpd buku:

yang berlalu biar berlalu
mengigati masa lalu , selalu berinteraksi dengannya, dan selalu menghadirkan masa lewat, menyedihi nya adalah suatu kebodohan dan sikap gila (adus, ganas skek la bahasa buku ni) tp mmg betul..selamatkanlah diri kita dari bayangan masa lalu. contoh:
adakah kita ingin mengembalikan air mata ke dalam mata semula??..sudah semestinya tak boleh kan. sebab masa lalu dah berakhir. jgn dan tak boleh menoleh ke belakang, dan janganlah menyalahi sunnah kehidupan..sebab semua benda bergerak ke depan.. xde yang gostan gostan.. kalu gostan tu, spesel kes la..


gedebush!! gud bye masa lalu


Wednesday, November 26, 2008

dua tiga....

salam dan selamat datang hari rabu..dah tiga pat hari blog ni tak ter updet..bukan apa, cuma x cukup dorongan diri skit...adus.memandangkan diri yang masih amatur dalam bidang blogger ni. tapi saya akan cuba untuk share cerita dan mayb idea dalam blog saya yang tak seberapa ni yang mungkin dapat dikongsi bersama kawan-kawan a.k.a pengikut kat sini (malangnye takde lagi, huhu) insyaAllah mungkin selepas ni.macam mana nie?? taaaak reti reti jugak.kot kot la ada sapa sapa yang boley turunkan ilmu kat saya camne nak buat tulisan yang ala ala nak cancel tu.. mcm cool je.hehe sumbody pls help me

dua tiga hari lepas saya berjaya menyibukkan diri dengan membelek semula semua buku-buku design dan bende bende berkenaan kos masa blaja dulu..adus, bunyi mcm dah lama sangat tinggal zaman study. baru je dua tiga bulan. ilmu semua dah terbang melayang (ni adalah contoh study untuk pass exam semata mata----> anda adalah sgt ditegah untuk mengikut cara pembelajaran sebegini)

dan dua tiga jam yang lepas saya baru je balik dari usm, penang.hajat dihati nak jumpa cik din @ dekan fakulti school of housing, building and planning..tunggu punya tunggu rupanya ada viva..timb. din pon join sekali.mmm..tak dak rezki pulak hari ni. xpa lah. selesai sume masalah kat usm, mak ajak jalan jalan ronda penang sat.ok jugak.walaupon mmg asal org penang, tp jarang la pusing pusing pulau ni.skali sekala pe slhnya..dua kali, dua kala.. dua tiga minit lepas dah jenuh meronda, perut pon dah mula main musik rock!! makin lama makin kuat pulak bunyi nya..kekekeke "nak pekena hameediyah ka??", akak tanya.."setuju setuju", laju je jawab sambil angkat tangan dan kaki...(hameediyah---> kedai nasik beriyani kandaq)

ingatkan masa meronda dah habis.sampai sampai je kat seberang akak ajak pi shopping le pulak..adus, naik lenguh dah kaki ni..katanya nak beli barang barang baby..anak 1st..teruja.. owh, hampir terlupa nak intro pelakon utama hari ni..introducing my akak a.k.a k.nab(selaku driver tetap), mak(penjaga uddin), teh a.k.a me (pengikut setia) and uddin (baby yg hensem)


baby uddin yg encem



penat penat ronda supermarket ni je yang sempat dibeli

buku papa, tumpang baca


be loose


buku beli dari poknik, what to do? (slang tganu)

La tahzan

hari ni hari jumaat, hari penuh keberkatan bagi seluruh umat islam..dan juga penghulu segala hari.

plan-plan nak buat choc cake, yumyum... hari ni saya teringat nak sampaikan ucapan penting ni dulu buat teman saya yg berada jauh diperantauan....ditengah2 padang pasir sana nu..saya hrp dia sentiasa berada dlm keberkatan dan CeRia cEria selalu

stiap org akan menangis..
stiap titisan air mata yg mengalir tu mengandungi bahan2 yg berlainan mengikut emosi kita..walau gembira..sedih..berduka cita..walhal semasa kita menguap pun air mata kita akan kluar kan?

hapuslah airmata mu wahai temanku..cuba kamu tadah air mata yg menitik tu dlm tgn kita sume..lihatlah kuasa Allah, die jga yang hadirkan airmata tu utk kita titiskan ..tp biarlah kita titiskan pada hal2 yang septutnya saja..

La tahzan....
jgn bersedih.....

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kpdmu cubaan spt yg dialami org2 terdahulu.Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang dgn berbagai cubaan, sehingga rasul dan org2 beriman bersamanya berkata 'bilakah datang pertolongan Allah.' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"(2:214)

take care of yourself ya

ReneW Hati kita


assalamualaikum w.b.t...
pagi khamis nie suasana agak " snowed under" heeee...yg tlh memalaskan diri utk bgun dr tido huhu----> sejuk sbb mlm td kat sini hujan agak lebat n x bape cukup tido..zzzZZzz...tp bila dh bgun utk solat suboh, bdn terus fresh n ready utk memulakan hari khamis yg bru mjelang tiba..apa yg dihrpkn hr ni akan lbh baik dr hr seblumnya dan dpt improve apa yg tlh tertggl or leka sblum ni
lepas selesai solat subuh td, sy terus siap utk ke Hospital Kulim, sekadar mjadi peneman akak ipar buat follow up check up baby safiyuddin yg cute ngalahkan anak mat saleh tue :) seawal 730 pg hujan renyai2 dan km pon bertolak dr umah yg mgambil masa 30-40mins pjalanan.
smp nya di hospital, rupanya byk dh parents yg queue mnunggu turn..lps register attenden hospital kasik no 15..out of 30-40 sumthing..hurm, nasib baik dh de appointment.. xde la tggu lama sgt mcm org laen
nak kata x lama x jugak..dr 845 smp la 1050 mcm tu bru dpt masuk jupe doc sara.....adusss...silap lak, doc zainab (prison break punya pasal nie)
x smp 5 mins dh ciap check up..adusss, rasa cam tak berbaloi nye tggu lama sgt..consultation x smp 5 mins..mcm ni la hospital kjaan..terpaksa bertabah je..
lps tue trus blk umah n solat zuhur n lunch.. x sempat tlg mak masak, adusss lg...
lps tue sy terus on9 internet n terbaca satu artikel dari web iluvislam yg sedikit sebanyak menberi peringatan kepada saya n hopefully bloggers semua juga terutamanya yg sdg mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi..

renung-renungkanlah...

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.