Wednesday, February 4, 2009
Mai blajaq bahasa utara- Part 4
nin dia:-
panas Lit-lit.................Panas teramat
`ce-nge.................garang
Qhe-nyeh.................Senyum nampak gigi
Piau.................Original
Juruih.................Sirim air
kanyaq.................mentah (cth: budak berhingus)
pe-qhembang.................aim (cth: aim amik gmbar atau nak teghebey tupai)
gey-ghek.................basikal
gon.................cerun (bukit kecil) (cth: jom kita ronda naik gon)
hebiaq.................celupar (cth: awat hebiaq sgt mulut hg ni....)
lencun.................basah kuyup
kelepiaq.................melibas (pi kelepiaq lipas nu..)
kelolo................."tak berapa betoi"
hemoi................."muka tak malu"
chendo..............gemuk giler (cth: kucin yg chendo)
me-ghe-nyeh.................menggatai
da-oh.................tak "matching"
hapuih.................tenggelam (lemas)
ghan-duk.................redah
se-ghoh.................kurus (waa, hg dah seghoh..)
pe-gho-ngoih.................panas baran
takek.................ketuk/potong
be-ghemba.................bersaing/lumba (cth: mat rempit suka beremba naik moto)
ghe-tiaq.................ikhtiar/fikir (tolong pi ghetiaq skit la,keluh mak esah..)
so far, sampai sinilah dulu kot..nnt km sambung lg..bak kata ustaz zamri mari mengaji bulehlah "mantop"kan penguasaan dan pemahaman anda dlm pelet ini..sehingga bertemu lagi dilain masa.buhhbye.wslm
seronot
hari ni mood adalah hepi sbb buffday my mumy 3.2.1950 (mak kata muda lg selagi belum masuk umo 60 thn..hehehehe.), baru balik dr market dah ready barang nak buat kueh buah melake ptg kekgi, usm call pepagi td, orkid yg degil gilew dah mula keluaran bunga.....yippi yippi yay...bahagia bahagianye rasa... :D alhamdulillah..semoga impian mjadi kenyataan.amin.Fatabarakallah!!
Monday, February 2, 2009
makkah dan madinah di masa hadapan?
subahanallah..moga2 dgn lebih byk kemudahan nnt lebih memudahkan pergerakan dan keselesaan jemaah masa depan dpt mengerjakan Haji mabrur dan Umrah.amin.
ni gambaran desinger makkah al mukarramah selepas 12 taun, woo..kagum2..tp Kaabah la plg spesel kan2..
7 budak kuning
Friday, January 30, 2009
permintaan
sat td de lak permintaan kena buat kek coklat..akak ni dah mengidam sgt la tue..dari td sibuk ckp takut deliver baby awal. coz baby aktif bergerak pusing2 dlm perut..ee..tak sabarnya.bertambah la anak buah baru bln 4 ni
Sunday, January 25, 2009
obama dua serupa
igt pelanduk je ke ada dua serupa.. obama presiden us tu pon ada tau..tp bukan pelanduk, org la.hehe...masa tgh browse bloglepak terjumpa citer ni.mamat ni boleh dikatakan sejibik lah dgn obama..tu hat sebelah pegang majalah. dia ialah seorang jurufoto majalah dari indon. makin glem skrg katanya.sampai boleh berlakon masuk iklan sebagai obama..uhuhuhu.hari ni uddin blk kampung, borink la kekgi...best for you?
sepatutnya kepala si kenit ni akan dipenuhi dgn rambut ala ala punk kaler hijau @ lebih senang lg rumput..adus!! kalau mcm ni tak lulus la nak menanam rumput kat laman sendiri nnt..uh
KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI
saya selaku pencinta sejati pokok-poko dan tumbuh-tumbuhan ni agak terkedu n terkejut jugak baca emel ni. biaq betoi ada pokokatas dunia ni yg bela org isreal akhir zaman ni..astagfirullahal azim..
wallahualam....
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

