Wednesday, February 4, 2009

Menguap...

Menguap..... semua orang menguap termasuk juga sy dan yg diluar sana yg bergelar manusia.. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. . kan manis gitu..

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...
"huargh. ....huh.. ..haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini."
kot ye pon J.Lo nak menguap, tutup le mulut~~~~ huarg...hu..hu..haahahah
Mengikut penjelasan menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan ..? astarafilullah. .! begitu rupanya...
Jadi bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istifar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-
sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....

Menguap Menurut Islam

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'." Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari) Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin: 1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat. 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat. 3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin. 4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah". 5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah"selepas menguap.


"sesungguhnya org2 yg menguap tanpa mengcover mulutnya adalah kelihatan seperti seekor kucin yg sedang mengangakan mulutnya.tak caya pi tgok..sama tak?

No comments: